20120716

Buktikan Padaku :)

Assalamualaikum fellas!http://www.emocutez.com
Alhamdulillah. beberapa hari je lagi bulan Ramadhan akan tiba. Bulan Rahmat,bulan pengampunan dan bulan pembebasan daripada api neraka datang lagi. Scroll dekat newsfeed tadi,ternampak gambar ni,rakan facebook saya Muhammad Rusydi post :)

First of all,hati aku tergerak untuk buka laman web IluvIslam.com,agak lama juga aku tak berkunjung ke laman web ni,menyelak helaian demi helaian artikel yang terkandung di dalam laman web ni. Buka kategori Remaja & Cinta aku tertarik untuk baca artikel bertajuk Siapa Kata Tak Boleh Bercinta? Aku teringat diri aku pada suatu ketika dahulu,ketika diri ini masih lena menghirup udara remaja dan menjadikan "Cinta" sebagai peganganku. Love over Religion. Yes,tu aku suatu ketika dahulu. Alhamdulillah,Allah menemukan aku dengan seseorang yang aku gelarkan sebagai "First Love" konon-kononya,dia tinggalkan aku banyak konflik antara kami,banyak cerita mengenai aku tersebar,sehingga akhirnya aku jatuh tersungkur meminta ketenangan daripadaNya, Pernah dulu aku berfikir,aku menangis kerana aku lemah,tapi tak sebenarnya,tangisan bulan Februari hari itu ada hikmahnya. Baru ku sedar nikmat airmata dan kesedihan  yang aku alami sebenarnya mendekatkan diriku kepada yang lebih layak iaitu ALLAH s.w.thttp://www.emocutez.com
Kini aku merasai cinta dan kasih sayang Allah,lebih manis daripada segala-galanya. "Kehilangan" itu rupanya aku lalui supaya aku merasai satu "pertemuan" yang hakiki iaitu dengan Allah. Allah mahu mengujiku dengan menjauhkan aku dengan orang yang aku sayangi,kerana Allah mahu aku dekat denganNya. Hikmahnya juga terpampang jelas dimataku apabila aku boleh nampak kenapa Allah menjauhkan aku dengan lelaki itu.

Satu :  Kerana dia bukan yang terbaik untukku,dan aku juga bukan yang terbaik untuknya.
Dua : Aku dapat lihat perangai sebenar lelaki itu dan betapa selama kami "bercinta" semuanya hanya palsu.
Tiga : untuk menyedarkan aku bahawa hubungan percintaan yang tidak halal sebelum nikah tidak diberkatiNya.
Empat : Mata aku terbuka luas melihat ramai lagi pilihan yang lebih baik yang boleh membimbingku menuju jalanNya.
Lima : Supaya aku boleh memperbaiki dan mempersiapkan diriku untuk menjadi hambaNya,anak,isteri,ibu, seorang PEREMPUAN solehah. InsyaAllah Ameen Ya Rabb..

Apa yang aku rasakan ini bukan rasa serik bercinta,benci semua lelaki rasa semua lelaki sama je, sebab aku tahu apa yang aku rasakan ini ialah satu kesedaran.http://www.emocutez.com
Bila aku tengok newsfeed,kulihat gambar sepasang kekasih berpelukkan manja,ayat-ayat manis cinta yang dipaparkan oleh mereka di status wall post tidak menimbulkan sedikit pun rasa cemburu di hati ini,kerana aku tahu kasih-sayang yang mereka sulamkan itu hanya akan menjurus kepada zina. Zina hati,zina mata,dan sebagainya. Apa yang terdetik di dalam hatiku ialah "semoga aku dia dan orang yang aku sayangi dijauhkan dengan perkara seperti ini" Yes,dulu aku pernah di tempat mereka,gah menunjukkan yang aku "in relationship" all that,itu dulu. Allah dah berikan aku kesedaran,tak mungkin aku buat-buat tak nampak dan berpaling dari kesedaran ini,sebab aku takut tiada lagi kesederan yang Allah akan berikan kepada aku selepas ini. Terima Kasih ya Allah..

Jelas,aku tak perlukan cinta daripada lelaki yang tak halal untukku,jika masih ingin kau yakinkan padaku yang cinta kau ikhlas,buktikan dengan satu ikatan yang halal denganku. Itu yang aku pinta.


Jauh lagi perjalanan aku untuk menjadi wanita solehah,tapi aku berharap diberikan kesempatan dan  bimbingan olehNya.


Photobucket

2 comments:

  1. Saya kerap kunjungi blog awak dan teringin hendak berkongsi pendapat saya. Baguslah awak ada kesedaran utk berubah, diharapkan ianya berterusan dan bkn hangat-hangat tahi ayam sahaja. Jangan biarkan kata-kata awak ini semua hanya utk menyedapkan hati sendiri. Pernah dgr cerita musang dan anggur? Bila sang musang tak dpt makan anggur yang diingini dia mengatakan tak mengapa lah, anggur itu mesti masam hanya utk menyedpkn hati sndri sdgkn dia teringin hendak mkn anggur tersebut. Jadi apa yg saya ingin katakan jgn omong kosong sahaja. Buktikan pd semua yg awk mmpu berubah. Sy doakan kamu istiqamah :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah. jika ini perubahan yg awak ingin ambil. teruskan. tapi igt, awak berjanji dgn Allah. jangan kata2 kosong shj. jangan bermain dgn janji. jika awak nk berubah, percayalah Allah akan hantar kan org yg baik2 kpd awk utk awk berubah.

    ReplyDelete