20120613

Al-Fatihah untuk arwah Ayah

Hari ni hari ke-6 Ayah pergi meninggalkan dunia ni. Baru sekarang aku dapat tahu yang aku tak sekuat mana untuk terima hakikat ni. malam tadi aku tak dapat tidur,pejam mata je teringat arwah Ayah. terus aku titipkan Al-Fatihah untuk Arwah Ayah. Sampai aku tertidur.

Hari Jumaat,pagi-pagi Mak mesej,suruh aku balik dengan akak hari sabtu tu. Aku terus call Mak,aku tanya,

"kenapa Mak? adik mengajar sampai petang besok,and kena buat drama arab,adik takut tak sempat balik"

mak jawab,

"balik je lah nak..kalau boleh usahakanlah"

aku terdiam.

"ayah tak okay ke mak?" aku tanya.

suara mak perlahan jawab,

"macam hari tu jugak,sesak-sesak nafas. Usahakanlah boleh balik. Mak sorang kat hospital ni. abang on the way balik,kakcik kat tempat kerja. Ellina kat rumah mak lan."

after call tu aku terbaring.Hati aku tak sedap. dalam kepala fikir je macam mana nak balik. Tiba2 Atin kata tak jadi drama arab. aku happy gila,means after mengajar pukul 5 tu aku dah boleh balik Kluang. Bila dah happy-happy tu aku pun tertidur. aku mimpi, aku,mak and kakcik gi keluar jalan2 kat kluang. aku tertanya2 kenapa kiteorang tak dekat hospital ayah mana? aku terjaga. aku try tidur balik,tapi taleh,aku golek2 redakan resah kat hati. aku tertidur balik,then terjaga. aku terus check handphone. ada banyakkkkk miscall. dari mak and akak. aku check mesej,satu mesej betul2 merentap hati aku. mesej daripada akak,

"ayah dah meninggal.."

aku mcm nak gila terus call akak,akak marah gila aku tak angkat call. Dah sejam Ayah meninggal that time. Akak ontheway nak amek aku semua, Kami gerak dari Shah Alam about 4pm,semua adik beradik dah ada kat sana uruskan jenazah Ayah. tinggal aku dengan akak and kaklong je belum sampai. Kaklong call akak,cakap  dorang nak kebumikan ayah lepas Asar. aku terkilan sangat. Tak dapat tengok Ayah kali terakhir,tak dapat nak cium Ayah.. Akak pun sambil menangis cakap"takpelah kaklong,kebumikan je lah. akak takpe" aku diam je sepanjang jalan. Tak mampu nak bercakap apa-apa.
sampai je rumah aku terus cari Mak.Peluk Mak..
Then terus pergi kubur arwah Ayah..waktu aku dengan akak sampai tu,urusan pengebumian betul2 baru habis. Kaklong cerita,muka arwah Ayah tenang je. mcm tengah tidur. Nampak macam Ayah senyum. Alhamdulillah.. Semua ada kecuali aku and akak. Ada hikmahnya,sebab aku and akak jenis emosi sangat-sangat. Tak boleh nak tahan air mata. Kaklong pun selalu marah bila aku nangis,lagi-lagi kat kubur.

Tapi rasa terkilan tu terubat sebab sebelum aku balik shah alam 4hari sebelum Ayah meninggal,Ayah dah tinggalkan pesanan untuk aku,

"Adik,Ayah sayang adik jugak.bukan Ayah tak sayang adik.Ayah sayang adik sangat-sangat..jangan risau. jangan cepat gelabah. Jangan risau..Ayah okay.."

aku terus cium ayah. aku tenung mata dia yang berair,

"Doakan adik boleh belajar ayah..doakan adikk..adik sentiasa doakan ayah..Adik sayang Ayah.." 

tangan ayah genggam tangan aku that time, Aku pulak menangis macam apa dah waktu tu. Dalam hati aku marah gila kat diri aku sebab menangis. Aku taknak Ayah risau.

"ayah sentiasa doakan adik. InsyaAllah,adik jangan risau..adik jaga diri.."

 aku terus cium pipi ayah banyak kali.
"adik balik dulu ayah.."Ayah tengok je aku. Pandangan Ayah that time tak akan dapat aku lupakan sampai bila-bila. Tu pandangan terakhir Ayah pada aku. Kali terakhir aku dapat lihat wajah Ayah..Terakam jelas dalam memori ini..

Ayah..biarlah orang nak cakap adik macam mana pun. Ayah kenal adik lebih dari adik kenal diri adik sendiri.. Pesanan-pesanan Ayah sentiasa adik cuba penuhi. Larangan-larangan yang Ayah tetapkan selama ni adik akan cuba sedaya upaya ikutkan. Orang yang Ayah larang adik berkawan dah adik jauhkan. Apa yang Ayah cakap memang betul,kawan yang baik tak akan sebarkan dan percaya cerita yang tak benar tentang kita. Kawan yang baik akan lebih kenal kita daripada orang lain. Apa yang katakan semuanya adik akui benar sebab apa yang terjadi sekarang ni adalah kesan adik langgar larangan Ayah dulu.

Al-Fatihah untuk Arwah Ayah.

3 comments:

  1. menangis tatkala baca entri ni . sabar kelly sayang . Allah lebih menyayanginya :'(

    ReplyDelete
  2. takziah kelly.... semoga roh arwah dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  3. sumpah menitis air mata aku time baca entry kau ni. takot benda sama jadi kat aku.. :(

    ReplyDelete