20140918

Pengalaman Mengandung dan Bersalin Anak Pertama

Assalamualaikum lovelies
Wow lama bangat tak update blog. last update time peknen 3bulan..now my precious dah nak masuk 3bulan dah..mihmih

Currently i'm enjoying my life as a wife and mommy. Sekejapnya masa berlalu. Rasa macam tak percaya dah beranak. hahahaaha! Actually dulu nak dekat due dah macam apa dah I google pengalaman bersalin orang. everyday sebelum tidur tengok video orang bersalin kat youtube. Biasalah anak first kan. Nervous gila that time. Now dah lepas Alhamdulillah leganya.

So now I nak buat entry pasal pengalaman bersalin my first child. so harap2 ada yang google and baca entry ni macam I dulu. Sangat membantu okay. What to expect when you're expecting gitew. Tapi I takdelah post video macam orang putih kat youtube kann..gile ko!

After sebulan kawen I disahkan hamil setelah buat 3 UPT. Rasa macam tak percaya okehh..tapi Alhamdulillah syukur kepada Allah sebab ni rezeki daripadaNya. Time tu dok kalut la sebab I rasa tak ready. I rasa I macam budak-budak lagi untuk jadi mak orang. I rasa eh boleh ke I jaga baby. And I takut nak beranak. hihi..tapi semua tu overcome sendiri dengan perasaan keibuan yang tiba-tiba hadir tanpa dirancang. Kuasa Allah. Siapa kita untuk menidakkanNya.

So pergilah klinik untuk check secara official. ceh. After that terus diserang morning sickness during my 6th weeks of pregnancy. Whoa begini rupanya rasa morning sickness. Tapi Alhamdulillah I takdelah muntah all the time. Just rasa mual macam hape. Selera makan zero. Mood kelaut. And basically its not only happen at the morning ya. 24jam okay rasa macam tu. Pernah satu malam tu bergolek-golek kesakitan I atas katil. Diserang gastrik rupanya. Sebab I memang tak boleh nak telan makanan at all. Haish bila I ingat balik macam mana la I boleh harungi tu semua. Kuasa Allah.

Orang kata morning sickness can be up to 3months of pregnancy tapi I sampai ke hujung okehh. Hb pun low je sebab I tak makan sangat. Cuma mungkin dalam bulan ke 6 tu I ada lah selera makan sikit. Tapi bila makan takde nikmat. And I sangat memilih makanan. Nasi is a big no. kuah2 no no. Ada certain je makanan I okay. Favourite dish semua I tak pandang dah. Tapi I suka makan ice cream, coklat and buah-buahan. hee ingatkan gegurl la dalam perut. Sekali scan boboy laa..hee

My due date patutnya 25th June 2014 tapi i overdue seminggu. Last check up on my due date tu my gynae cakap lagi seminggu if takde tanda lagi sila la serah diri untuk diinduce. haishh..i taknak la baby I kena paksa keluar. Bagi I my baby tahu bila dia ready nak keluar dia keluar laa. So I berdoa la banyak-banyak supaya I tak kena induce. Seminggu terakhir tu I makan semua benda yang I nak makan sepuas hati. Alasan sebab time pantang nanti tak boleh makan dah. Btw i bersalin under FPP scheme kat Hospital Selayang. with Dr Yu. Sangat best okay. Dapat bilik sorang yang luas. Then after bersalin dapat bilik berdua tapi tutup tirai so hubby boleh teman. Bayaran pun berbaloi bagi I, RM1.7k untuk 3hari 2malam. (big thanks to hubby)

So serah diri after overdue seminggu, check jalan dah terbuka 2cm rupanya. I je tak sedar. Malam tu I admit ward my gynae cakap if no progress besok paginya kena induce. Dalam hati I nekad no way I tetap tak rela diinduce. Sebab birth plan i memang taknak melibatkan apa-apa ubat/drug during my labour.

Awal-awal I dah mention kat my gynae I taknak apa-apa painkiller, water drip or apa2. Sebab utama I nak rasa naturally sakit beranak tu macam mana. If you amek epidural contohnya you takkan rasa urge untuk meneran. Doc yang akan arah you untuk push based on bacaan kat ctg tu. Ni based on apa yang I baca la. Lagi satu bila u amek pankiller you jadi mengantuk and baby pun mengantuk sama (based on pengalaman orang yang I baca). Lagilah I taknak sebab I nak breastfeed my baby sejam pertama lepas bersalin tu. Bagi I tu waktu paling precious untuk I and my baby so I taknak kami berdua mengantuk and tidur lepas bersalin. Plus skin-to-skin contact penting ya untuk proses penghasilan susu.

So admit wad. Best sangat dapat bilik sorang yang besar. hehe rasa kat rumah taw. Hubby teman I malam tu. Masuk je bilik I dah start rasa contraction. Untuk mempercepatkan bukaan I praktikkan apa yg I baca kat group Mom to Be. I buat squat kaki kangkang banyak set, I berjalan je dalam bilik tu. and time contraction I pusingkan badan ke kiri. Oh jangan lupa juga minum air zam-zam dan makan kurma. Selain tu of course la mintak ampun kat Mak and suami (okay kat suami i mintak maaf time kat dalam labour room sebab I malu..haha) and jangan lupa minta maaf kat semua orang and minta doa.

Alhamdulillah pagi tu dah terbuka 6cm. I tak boleh tidur okay layan contraction!! Terus kena tolak masuk labour room. Oh myyy I that time nervous macam apa. Hubby kata I nampak dah tak tentu hala. hahahaha. mana taknya, I dengan hubby dua-dua tak tidur. I takut I penat nak berjuang dalam labour room.

Masuk je labour room my favourite gynae Dr YU terus pecahkan air ketuban I. based on apa yang I baca, air ketuban elok kena pecah if memang dah ada progress. Bila dia pecahkan air ketuban akan lagi cepat bukaan. But if dalam masa 24hrs tiada progress bukaan boleh lead to czer ya. Actually kalau  dibiarkan biasanya air ketuban akan terpecah sendiri dalam 7-10cm dilated. And yes you can say no to this procedure juga. Refer to the picture below.




But as for me Alhamdulillah lepas air ketuban dipecahkan sejam after that I dah dilated 10cm. So dah boleh start push. I push ada la dalam 20mins kot. Last-last kena episiotomy (kena potong lerr). But Alhamdulillah I bersyukur tak kena vacuum, forcep or CZER. And my bukaan quite cepat as for first child patutnya every an hour 1cm. Berkat doa semua orang and I minum minyak kelapa dara dari 7bulan lagi.

So, actually I start rasa sakit yang agak meronta-ronta tu bila dah start 8cm. Hubby pun pelik padahal before tu I cool je praktikkan teknik pernafasan kononnya. hihi. Teknik pernafasan tu berkesan gak la for contraction awal2. bila dah 8cm I dah jerit "doc tolong saya check saya rasa nak teran nurse tolong saya hubby I sakit!!" hahahahaha

But big thanks to my hubby la. Dia selawat cium dahi I ajar i selawat and recite "lailahaillah anta subhanakainnikuntum minazolimiinn" Everytime dia buat macam tu and bila I baca laillahaillah I terus rasa tenang and tak sakit sangat. Kuasa Allah. Memang dia ciptakan wanita ni untuk tahan sakit yang macam tu. And I sangat berterima kasih kat seorang nurse tu dia urut perut I. sedap rasa lega sakit. And my gynae mmg cool la dia tengok sambil berpeluk tubuh je. Bila dah nampak kepala baru dia take action. Actually bila dia buat macam tu I rasa tenang takdelah I kena godek-godek je kan. Plus semua orang puji I kata I pandai teran. hihi. Alhamdulillah. cuma tak cukup nafas je.

Bila baby keluar je I rasa macam jelly keluar okay. Hilang semua sakit. Mata I tak lepas pandang my baby. Subhanallah. Mulut i tak berhenti ucap "Alhamdulillah". Baby diletakkan atas perut I after tali pusat dipotong baru diletakkan atas dada I. Subhanallah. Itulah perasaan paling syahdu yang I pernah rasa. Siapa kata tak wujud cinta pandang pertama. hee. First time pandang my baby I terus jatuh cinta! time kat perut I my baby nangis sikit tapi bila kat atas dada I, I peluk dia, dia diam je dengar suara mommy dia, I cakap kat dia " cayang mommy, lama mommy tunggu sayang..akhirnya kita berjumpa juga. Alhamdulillah. mommy nak jaga cyg" I bebel2 kat dia sambil dr Yu jahit. hee sangat indah pengalaman bersalin ni. I bersyukur I tak amek painkiller so i and baby sangat sedar time moment yang sangat berharga tu.

So itulah pengalaman mengandung dan bersalin I. Panjang kan. Sebab I tiba-tiba rasa rajin nak membebel dalam ni plus dah lama tak menulis. hee..

For my next pregnancy I nak try gentle birth WITHOUT push and AROM and episiotomy. InsyaAllah I nak kumpul duit (pow duit hubby) nak masuk kelas AMANI. Kalau ada rezeki nak try beranak dalam air pulak. hee giteww.

Sekian. Thank you kerana sudi membaca!! mmuahh3
Photobucket

No comments:

Post a Comment