20120715

Year Two DONE!

Assalamualaikum peeps! http://www.emocutez.com
Semester 4 Tahun 2 berakhir sudah. Alhamdulillah. http://www.emocutez.com Now,i'm home,its so damn freaking good to be at home! http://www.emocutez.com hee..dah lah mcm banyak pulak emoticon ni. menyampah pulak. LOL.http://www.emocutez.com okay dah stop.
Musim final exam sem ni berlalu tanpa adengan nangis2,drama keling naik turun tangga,lari dari rumah pergi iCity etc etc. eh jap,haritu ada sekejap,tapi tadelah ganggu emosi aku banyak mana pun. Like it was something yang aku boleh handle lah and tak ganggu emosi aku. huu.. eh wait,lagi satu benda aku perasan,sejak bila kau suka sgt ber-huuuu ni. oh yes semenjak kenal Mr Cairo kot. HAHAHAHAHA. okay kelakar. kena letak emoticon sikithttp://www.emocutez.com

Last Friday ada kenduri arwah Ayah. Tetamu dijamukan dengan nasi beriani yang sodap. sodap sgt sampai berapa pinggan aku makan. ahh tak kisah sebab one of my missions was makan puas2 balik seminggu ni. kat Shah Alam nanti boleh je diet. Ye tak? Lagipun relaxlah,gemuk tu seksi pe. Seluar jeans aku sekarang semua turun saiz kaw2 [well except for jeans Romp,dammit] baju pun besor-besor dah semua,cam tak best bila dah tade lemak untuk dirisaukan. lalalala~http://www.emocutez.com

Nak tahu lagi ape mission aku cuti seminggu ni? Lantak lah korang nak tahu ke tak,aku nak story gak. hahaha.. Setiap malam aku nak tidur berpelukkan Mak. sebab nanti rindu sangat kat Mak. Argh tak tahan meleleh air mata eden ni ha. Nampak Mak macam happy je dari luar,tapi aku boleh nampak dari mata Mak,kesedihan tu menggunung. Now kami adik beradik buat macam-macam nak gembirakan Mak. Aku tahu,besar mana pun kami rasa kehilangan seorang Ayah,tak akan terbanding rasa kehilangan seorang suami yang hampir 40tahun berkongsi segala-galanya. Huu sebak betul bila fikir benda ni. Aku sentiasa doakan Mak kuat untuk meneruskan hidup di samping nak-anak dan cucu-cucu yang sentiasa ada untuknya,semoga Allah memberikan kekuatan dan kegembiraan di dalam hati Mak. Demi Allah, Adik terlampau sayangkan Mak,tak terkata betapa tingginya rasa cinta adik pada Mak. Setitis air matamu menghiris hati ini bak belati.

Okay next,misi aku ialah menghabiskan series Gossip Girls,5seasons in a week,c'mon Kelly You Can Do It!!http://www.emocutez.com Okay dah byebye nak tengok Gossip Girls. xoxo


Photobucket

20120706

Faith :)


Sekarang tengah final exam,4th semester of mine. Aku jauh kebelakang,jauh sangat. Gatal nak bercinta main-main sepanjang semester 3,last-last putus cinta haru biru during my last semester final exam,makin aku terduduk jatuh. No one to be blame but myself. Tetapi,segala syukur kepada Allah kerana mengurniakan aku kekuatan untuk aku bangkit kembali,keluarga yang tak akan biarkan aku terkontang kanting keseorangan dan sahabat yang sentiasa ada untuk aku. Alhamdulillah aku masih ada keluarga tercinta dan kawan-kawan yang membantu aku naik kembali. Yang tak betah melihat aku terus jatuh,menarik tangan aku,menstabilkan aku kembali. Yang setia waktu aku susah dan senang. Tak terbalas jasa mereka ni, arwah Ayah, Mak, Kaklong, Abg Syidi, Angah, Kaksal, Abang, Kakjane, Akak, Abg Hadi, Kakcik, Lan, Ellina, Sahabat-sahabatku, Ghaniy,Fatin,Meya,Tasha,Fiqah.. Hanya Allah yang tahu betapa dalamnya sayang ini terhadap kalian..
This programme,cs228 Bachelor of Science Management Mathematics,kalau disebut few years ago,akan terus terkeluar ayat ni daripada mulut aku, “memang tak lah aku amek course ni,maths kot =_=” siap buat muka sekali. LOL
But here I am,budak yang pernah dapat 10% for her add maths ujian 1 time form 4 dulu, Budak yang terpaksa amek private tutor for her add maths during form 5 dulu,budak yang paling benci Trigonometric and got B3 for her add maths waktu SPM2008. And waktu matrikulasi,siap confident gila cakap dekat bestfriend dia yang dia tak akan sentuh maths dah bila masuk Universiti nanti But here I am,menjadi salah seorang daripada warga Fakulti Sains Komputer dan Matematik. Kerana mulut badan binasa,benda yang aku paling benci lah yang aku hadap setiap hari
Tapi ada hikmahnya yang terselit sana sini,banyak hikmahnya. Allah tak memberikan apa yang aku hendak,tapi apa yang aku perlu. Mungkin apa yang aku suka,yang aku nak tu tak baik untuk aku. Semua yang Allah dah tentukan untuk aku tu lah yang terbaik untuk aku.
Here I am. Believing that sadness would go away,believing that darkness would prevail,believing that bad time would end,believing that I can succeed again,its called faith! Have faith in myself,my abilities. Have faith in my soul,and I’ll rise like never before. InsyaALLAH :)

Photobucket

20120621

Dua Minggu

Assalamualaikum,

 

hari ni genap 2minggu Ayah pergi menemui Yang Maha Pencipta. Tadi buka page Familyku,video-video masa harijadi Ayah tahun lepas dan hari jadi Mak tahun ni menjadi tontonan aku,berserta linangan air mata. Sungguh,aku rindu pembakar semangat ku itu,aku rindu nasihat-nasihatnya,aku rindu orang yang menaikkan semangatku ketika aku jatuh,aku rindu..video hanya mampu ditonton separuh sahaja sebab air mata terlampau deras membasahi pipi ini. Kenapa emosi terlalu kuat menguasai diri aku? Aku benci..
Pernah dulu air mata ini membazir untuk seseorang yang bukan hak bagi aku,ketika itu,emosi bermaharajalela mengatasi fikiran warasku. Untuk apa direbut kasih sayang lelaki lain,sedangkan kasih sayang daripada Ayah yang melimpahi aku selama ini,tak pernah dia tinggalkan aku terkapai-kapai. Anak manjanya ini selalu dapat apa yang dia inginkan. Tiap kali aku jatuh,tangan kasarnya yang akan menarik aku naik kembali,terus mencacakkan dinding-dinding teguh dalam hati ini supaya aku menjadi seorang muslimah yang kuat. Kini dia pergi,aku terasa masih dalam mimpi. Tak,bukan aku tolak ketentuanNya,daripadaNya kita datang,kepadaNya jua kita kembali. Tapi hati ini masih tak percaya sebegitu cepat Ayah pergi tanpa sempat aku kenalkan bakal suamiku,untuk menjadi waliku. Menjadikan anak-anak aku sebagai cucu kesayangannya. Membalas jasanya, Namun siapalah aku untuk persoalkan semua ini,kerana selama 21tahun Allah meminjamkan aku seorang bapa yang penyayang,bertanggungjawab,imamku selama ini. Terima kasih Tuhan..

Ya ALLAH,tempatkanlah roh Ayahku di kalangan orang-orang yang beriman. Kasihanilah Ayahku sepertimana dia mengasihani aku sewaktu aku masih kecil, Amin ya Rabb.. Al-Fatihah





Photobucket

20120619

Bicara tentang Cinta

Assalamualaikum http://www.emocutez.com
hm. Dah lebih seminggu arwah Ayah meninggalkan dunia yang fana ni,pergi menghadap Ilahi. Semoga roh Ayah di tempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin ya Rabb.. Adik rindu Ayah..tapi rindu ni akan adik lepaskan dengan meneruskan pahala untukmu,mendoakan kesejahteraan Ayah di sana,berubah sedikit demi sedikit menjadi anakmu yang solehah. Tidak mahu Ayah terpaksa menanggung dosa-dosa yang adik lakukan di sini. Adik akan cuba sedaya upaya betulkan balik cara hidup adik yang salah ni..InsyaAllah..
okay,today nak share dua gambar yang membuatkan prinsip aku semakin teguh.
 Okay this one,selama ni aku selalu ingat,if jumpa lelaki yang sesuai,chemistry dia pun ngam je dengan aku,aku terus "berinrelationship" dgn dia,jaga dia baik2,then pastikan setia dengan dia,gereti dia tak cari perempuan lain,gerenti aku dengan dia sampai mati. hahahahha..terpesong sangat tuh. sebab aku terlupa,

Dengan MUDAH ALLAH campakkan CINTA kita pada HATI seorang hambaNya.
Dan dengan MUDAH juga DIA mencabut CINTA itu dalam HATI itu jika DIA berkehendakan..♥
Sungguh,CINTA itu milik Allah,kenapa perlu aku abaikan pemberi cinta if aku nak dicintai? Akan aku tunggu percintaan yang sebenarnya selepas nikah kelak bersama bakal suamiku nanti. Duhai hati,bersabarlah.. :)

And this one pulak,cukup membuka mata aku. :)
Photobucket

20120613

Al-Fatihah untuk arwah Ayah

Hari ni hari ke-6 Ayah pergi meninggalkan dunia ni. Baru sekarang aku dapat tahu yang aku tak sekuat mana untuk terima hakikat ni. malam tadi aku tak dapat tidur,pejam mata je teringat arwah Ayah. terus aku titipkan Al-Fatihah untuk Arwah Ayah. Sampai aku tertidur.

Hari Jumaat,pagi-pagi Mak mesej,suruh aku balik dengan akak hari sabtu tu. Aku terus call Mak,aku tanya,

"kenapa Mak? adik mengajar sampai petang besok,and kena buat drama arab,adik takut tak sempat balik"

mak jawab,

"balik je lah nak..kalau boleh usahakanlah"

aku terdiam.

"ayah tak okay ke mak?" aku tanya.

suara mak perlahan jawab,

"macam hari tu jugak,sesak-sesak nafas. Usahakanlah boleh balik. Mak sorang kat hospital ni. abang on the way balik,kakcik kat tempat kerja. Ellina kat rumah mak lan."

after call tu aku terbaring.Hati aku tak sedap. dalam kepala fikir je macam mana nak balik. Tiba2 Atin kata tak jadi drama arab. aku happy gila,means after mengajar pukul 5 tu aku dah boleh balik Kluang. Bila dah happy-happy tu aku pun tertidur. aku mimpi, aku,mak and kakcik gi keluar jalan2 kat kluang. aku tertanya2 kenapa kiteorang tak dekat hospital ayah mana? aku terjaga. aku try tidur balik,tapi taleh,aku golek2 redakan resah kat hati. aku tertidur balik,then terjaga. aku terus check handphone. ada banyakkkkk miscall. dari mak and akak. aku check mesej,satu mesej betul2 merentap hati aku. mesej daripada akak,

"ayah dah meninggal.."

aku mcm nak gila terus call akak,akak marah gila aku tak angkat call. Dah sejam Ayah meninggal that time. Akak ontheway nak amek aku semua, Kami gerak dari Shah Alam about 4pm,semua adik beradik dah ada kat sana uruskan jenazah Ayah. tinggal aku dengan akak and kaklong je belum sampai. Kaklong call akak,cakap  dorang nak kebumikan ayah lepas Asar. aku terkilan sangat. Tak dapat tengok Ayah kali terakhir,tak dapat nak cium Ayah.. Akak pun sambil menangis cakap"takpelah kaklong,kebumikan je lah. akak takpe" aku diam je sepanjang jalan. Tak mampu nak bercakap apa-apa.
sampai je rumah aku terus cari Mak.Peluk Mak..
Then terus pergi kubur arwah Ayah..waktu aku dengan akak sampai tu,urusan pengebumian betul2 baru habis. Kaklong cerita,muka arwah Ayah tenang je. mcm tengah tidur. Nampak macam Ayah senyum. Alhamdulillah.. Semua ada kecuali aku and akak. Ada hikmahnya,sebab aku and akak jenis emosi sangat-sangat. Tak boleh nak tahan air mata. Kaklong pun selalu marah bila aku nangis,lagi-lagi kat kubur.

Tapi rasa terkilan tu terubat sebab sebelum aku balik shah alam 4hari sebelum Ayah meninggal,Ayah dah tinggalkan pesanan untuk aku,

"Adik,Ayah sayang adik jugak.bukan Ayah tak sayang adik.Ayah sayang adik sangat-sangat..jangan risau. jangan cepat gelabah. Jangan risau..Ayah okay.."

aku terus cium ayah. aku tenung mata dia yang berair,

"Doakan adik boleh belajar ayah..doakan adikk..adik sentiasa doakan ayah..Adik sayang Ayah.." 

tangan ayah genggam tangan aku that time, Aku pulak menangis macam apa dah waktu tu. Dalam hati aku marah gila kat diri aku sebab menangis. Aku taknak Ayah risau.

"ayah sentiasa doakan adik. InsyaAllah,adik jangan risau..adik jaga diri.."

 aku terus cium pipi ayah banyak kali.
"adik balik dulu ayah.."Ayah tengok je aku. Pandangan Ayah that time tak akan dapat aku lupakan sampai bila-bila. Tu pandangan terakhir Ayah pada aku. Kali terakhir aku dapat lihat wajah Ayah..Terakam jelas dalam memori ini..

Ayah..biarlah orang nak cakap adik macam mana pun. Ayah kenal adik lebih dari adik kenal diri adik sendiri.. Pesanan-pesanan Ayah sentiasa adik cuba penuhi. Larangan-larangan yang Ayah tetapkan selama ni adik akan cuba sedaya upaya ikutkan. Orang yang Ayah larang adik berkawan dah adik jauhkan. Apa yang Ayah cakap memang betul,kawan yang baik tak akan sebarkan dan percaya cerita yang tak benar tentang kita. Kawan yang baik akan lebih kenal kita daripada orang lain. Apa yang katakan semuanya adik akui benar sebab apa yang terjadi sekarang ni adalah kesan adik langgar larangan Ayah dulu.

Al-Fatihah untuk Arwah Ayah.