Hari Jumaat,pagi-pagi Mak mesej,suruh aku balik dengan akak hari sabtu tu. Aku terus call Mak,aku tanya,
"kenapa Mak? adik mengajar sampai petang besok,and kena buat drama arab,adik takut tak sempat balik"
"balik je lah nak..kalau boleh usahakanlah"
"ayah tak okay ke mak?" aku tanya.
"macam hari tu jugak,sesak-sesak nafas. Usahakanlah boleh balik. Mak sorang kat hospital ni. abang on the way balik,kakcik kat tempat kerja. Ellina kat rumah mak lan."
"ayah dah meninggal.."
sampai je rumah aku terus cari Mak.Peluk Mak..
Then terus pergi kubur arwah Ayah..waktu aku dengan akak sampai tu,urusan pengebumian betul2 baru habis. Kaklong cerita,muka arwah Ayah tenang je. mcm tengah tidur. Nampak macam Ayah senyum. Alhamdulillah.. Semua ada kecuali aku and akak. Ada hikmahnya,sebab aku and akak jenis emosi sangat-sangat. Tak boleh nak tahan air mata. Kaklong pun selalu marah bila aku nangis,lagi-lagi kat kubur.
Tapi rasa terkilan tu terubat sebab sebelum aku balik shah alam 4hari sebelum Ayah meninggal,Ayah dah tinggalkan pesanan untuk aku,
"Adik,Ayah sayang adik jugak.bukan Ayah tak sayang adik.Ayah sayang adik sangat-sangat..jangan risau. jangan cepat gelabah. Jangan risau..Ayah okay.."
aku terus cium ayah. aku tenung mata dia yang berair,
"Doakan adik boleh belajar ayah..doakan adikk..adik sentiasa doakan ayah..Adik sayang Ayah.."
tangan ayah genggam tangan aku that time, Aku pulak menangis macam apa dah waktu tu. Dalam hati aku marah gila kat diri aku sebab menangis. Aku taknak Ayah risau.
"ayah sentiasa doakan adik. InsyaAllah,adik jangan risau..adik jaga diri.."
aku terus cium pipi ayah banyak kali.
"adik balik dulu ayah.."Ayah tengok je aku. Pandangan Ayah that time tak akan dapat aku lupakan sampai bila-bila. Tu pandangan terakhir Ayah pada aku. Kali terakhir aku dapat lihat wajah Ayah..Terakam jelas dalam memori ini..
Ayah..biarlah orang nak cakap adik macam mana pun. Ayah kenal adik lebih dari adik kenal diri adik sendiri.. Pesanan-pesanan Ayah sentiasa adik cuba penuhi. Larangan-larangan yang Ayah tetapkan selama ni adik akan cuba sedaya upaya ikutkan. Orang yang Ayah larang adik berkawan dah adik jauhkan. Apa yang Ayah cakap memang betul,kawan yang baik tak akan sebarkan dan percaya cerita yang tak benar tentang kita. Kawan yang baik akan lebih kenal kita daripada orang lain. Apa yang katakan semuanya adik akui benar sebab apa yang terjadi sekarang ni adalah kesan adik langgar larangan Ayah dulu.
menangis tatkala baca entri ni . sabar kelly sayang . Allah lebih menyayanginya :'(
ReplyDeletetakziah kelly.... semoga roh arwah dicucuri rahmat
ReplyDeletesumpah menitis air mata aku time baca entry kau ni. takot benda sama jadi kat aku.. :(
ReplyDelete