20120619

Bicara tentang Cinta

Assalamualaikum http://www.emocutez.com
hm. Dah lebih seminggu arwah Ayah meninggalkan dunia yang fana ni,pergi menghadap Ilahi. Semoga roh Ayah di tempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin ya Rabb.. Adik rindu Ayah..tapi rindu ni akan adik lepaskan dengan meneruskan pahala untukmu,mendoakan kesejahteraan Ayah di sana,berubah sedikit demi sedikit menjadi anakmu yang solehah. Tidak mahu Ayah terpaksa menanggung dosa-dosa yang adik lakukan di sini. Adik akan cuba sedaya upaya betulkan balik cara hidup adik yang salah ni..InsyaAllah..
okay,today nak share dua gambar yang membuatkan prinsip aku semakin teguh.
 Okay this one,selama ni aku selalu ingat,if jumpa lelaki yang sesuai,chemistry dia pun ngam je dengan aku,aku terus "berinrelationship" dgn dia,jaga dia baik2,then pastikan setia dengan dia,gereti dia tak cari perempuan lain,gerenti aku dengan dia sampai mati. hahahahha..terpesong sangat tuh. sebab aku terlupa,

Dengan MUDAH ALLAH campakkan CINTA kita pada HATI seorang hambaNya.
Dan dengan MUDAH juga DIA mencabut CINTA itu dalam HATI itu jika DIA berkehendakan..♥
Sungguh,CINTA itu milik Allah,kenapa perlu aku abaikan pemberi cinta if aku nak dicintai? Akan aku tunggu percintaan yang sebenarnya selepas nikah kelak bersama bakal suamiku nanti. Duhai hati,bersabarlah.. :)

And this one pulak,cukup membuka mata aku. :)
Photobucket

20120613

Al-Fatihah untuk arwah Ayah

Hari ni hari ke-6 Ayah pergi meninggalkan dunia ni. Baru sekarang aku dapat tahu yang aku tak sekuat mana untuk terima hakikat ni. malam tadi aku tak dapat tidur,pejam mata je teringat arwah Ayah. terus aku titipkan Al-Fatihah untuk Arwah Ayah. Sampai aku tertidur.

Hari Jumaat,pagi-pagi Mak mesej,suruh aku balik dengan akak hari sabtu tu. Aku terus call Mak,aku tanya,

"kenapa Mak? adik mengajar sampai petang besok,and kena buat drama arab,adik takut tak sempat balik"

mak jawab,

"balik je lah nak..kalau boleh usahakanlah"

aku terdiam.

"ayah tak okay ke mak?" aku tanya.

suara mak perlahan jawab,

"macam hari tu jugak,sesak-sesak nafas. Usahakanlah boleh balik. Mak sorang kat hospital ni. abang on the way balik,kakcik kat tempat kerja. Ellina kat rumah mak lan."

after call tu aku terbaring.Hati aku tak sedap. dalam kepala fikir je macam mana nak balik. Tiba2 Atin kata tak jadi drama arab. aku happy gila,means after mengajar pukul 5 tu aku dah boleh balik Kluang. Bila dah happy-happy tu aku pun tertidur. aku mimpi, aku,mak and kakcik gi keluar jalan2 kat kluang. aku tertanya2 kenapa kiteorang tak dekat hospital ayah mana? aku terjaga. aku try tidur balik,tapi taleh,aku golek2 redakan resah kat hati. aku tertidur balik,then terjaga. aku terus check handphone. ada banyakkkkk miscall. dari mak and akak. aku check mesej,satu mesej betul2 merentap hati aku. mesej daripada akak,

"ayah dah meninggal.."

aku mcm nak gila terus call akak,akak marah gila aku tak angkat call. Dah sejam Ayah meninggal that time. Akak ontheway nak amek aku semua, Kami gerak dari Shah Alam about 4pm,semua adik beradik dah ada kat sana uruskan jenazah Ayah. tinggal aku dengan akak and kaklong je belum sampai. Kaklong call akak,cakap  dorang nak kebumikan ayah lepas Asar. aku terkilan sangat. Tak dapat tengok Ayah kali terakhir,tak dapat nak cium Ayah.. Akak pun sambil menangis cakap"takpelah kaklong,kebumikan je lah. akak takpe" aku diam je sepanjang jalan. Tak mampu nak bercakap apa-apa.
sampai je rumah aku terus cari Mak.Peluk Mak..
Then terus pergi kubur arwah Ayah..waktu aku dengan akak sampai tu,urusan pengebumian betul2 baru habis. Kaklong cerita,muka arwah Ayah tenang je. mcm tengah tidur. Nampak macam Ayah senyum. Alhamdulillah.. Semua ada kecuali aku and akak. Ada hikmahnya,sebab aku and akak jenis emosi sangat-sangat. Tak boleh nak tahan air mata. Kaklong pun selalu marah bila aku nangis,lagi-lagi kat kubur.

Tapi rasa terkilan tu terubat sebab sebelum aku balik shah alam 4hari sebelum Ayah meninggal,Ayah dah tinggalkan pesanan untuk aku,

"Adik,Ayah sayang adik jugak.bukan Ayah tak sayang adik.Ayah sayang adik sangat-sangat..jangan risau. jangan cepat gelabah. Jangan risau..Ayah okay.."

aku terus cium ayah. aku tenung mata dia yang berair,

"Doakan adik boleh belajar ayah..doakan adikk..adik sentiasa doakan ayah..Adik sayang Ayah.." 

tangan ayah genggam tangan aku that time, Aku pulak menangis macam apa dah waktu tu. Dalam hati aku marah gila kat diri aku sebab menangis. Aku taknak Ayah risau.

"ayah sentiasa doakan adik. InsyaAllah,adik jangan risau..adik jaga diri.."

 aku terus cium pipi ayah banyak kali.
"adik balik dulu ayah.."Ayah tengok je aku. Pandangan Ayah that time tak akan dapat aku lupakan sampai bila-bila. Tu pandangan terakhir Ayah pada aku. Kali terakhir aku dapat lihat wajah Ayah..Terakam jelas dalam memori ini..

Ayah..biarlah orang nak cakap adik macam mana pun. Ayah kenal adik lebih dari adik kenal diri adik sendiri.. Pesanan-pesanan Ayah sentiasa adik cuba penuhi. Larangan-larangan yang Ayah tetapkan selama ni adik akan cuba sedaya upaya ikutkan. Orang yang Ayah larang adik berkawan dah adik jauhkan. Apa yang Ayah cakap memang betul,kawan yang baik tak akan sebarkan dan percaya cerita yang tak benar tentang kita. Kawan yang baik akan lebih kenal kita daripada orang lain. Apa yang katakan semuanya adik akui benar sebab apa yang terjadi sekarang ni adalah kesan adik langgar larangan Ayah dulu.

Al-Fatihah untuk Arwah Ayah.

20120528

wake up call

someone sent this message thru my facebook's inbox last night

Awk nie cntik.. Mst rmai pminat.. Tp xbrmkna andai lgsg xd pndg oleh Allah d akhirat kelak.. Sy nk bgtaw satu jew.. Jgn mudah jtuh cnta.. Skali terjtuh,hati2 lah.. Jgn krn sntiasa d puji,awk hlang rhmat Allah.. Biar stiap pujian kmbalinya pd Allah..Shabat.. Jaga btasan ngn laki.. Carilah laki y bleh mmbawa awk lbih knl n dkat pd Allah.. Bkn laki y mnybbkn awk jtuh cnta krn kata mnisnya.. Bkn laki y sntiasa mngjak awk kpd mksiat.. Hiasilah hbgn awk dgn amaran2 Allah.. Batasi hbgn awk dgn batasan islam..
Sy xnk awk turut sama mnjd mgsa laki.. Sy knl byk pmpuan y akhirnya hncur krn slah plih cnta.. Lps nie mgkn kita xkn cntact da.. Just nk gtaw jaga diri baik2.. Jaga hbgn ngn Allah.. Allah pasti akn jaga kmu n xkn biarkn kmu berduka.. Ykinlah!
Jdilah wnita y solehah.. Apa y kmu lakukn skrg adalah pnntu jdoh kmu lps nie.. Ingtlah.. Laki y baik n soleh hny utk pmpuan y baik n soleh..
Sy pergi dlu.. Mgkn kita xkn jmpe da.. Ingt psanan sy nie.. Ingt Allah..Wslm

Photobucket

20120523

untuk insan yang pernah aku sayang :)


well..well..well..ada orang komen post aku yang sebelum ni lah. I wonder,it is her,or her "gf" or her "bf" or whoever she or he is,thank you lah susah2 komen. But kedatangan you kat blog ni sangat-sangat tak dialu-alukan. :) see..told you guys,baru aku tulis kat blog aku sendiri,tanpa sebut nama dia,hanya defend diri aku je,tapi semua benda pelik-pelik keluar. cerita aku bohong lah,ape lah,nama syafiq pun keluar. tak kisah lah Syafiq nak benci aku that much ke apa ke,aku sendiri tak tahu apa yang buat dia benci kat aku sangat,I wonder what did i've done? Hubungan aku dengan Aunty Anne hanya kerana kami saudara sesama Islam. dah tak ada kaitannya dengan Syafiq dah. Boleh tanya Aunty Anne,aku tak sebut nama Syafiq langsung setiap kali kami berhubung. Agak sedih bila salah-faham antara aku dengan Syafiq jadi sampai macam ni sekali. But rasanya sebab orang bawa mulut. tu je.. :)

Kepada Ahmad Syafiq,I tak akan pernah benci you, :) I masih kelly yang you kenal dulu,I tak pernah jejak kelab,I tak buat benda pelik2 apa-apa je la yang orang cakap I buat. Terpulang pada you untuk percaya ke tak,but this is the truth. Kat Akhirat kelak,semua kebenaran akan terbentang nyata. Waktu tu baru tahu siapa yang berkata benar,siapa yang hanya tahu membelit dan siapa yang menyebarkan cerita palsu. 

Kepada anonymous,I tak akan ubah cerita I. sebab apa yang I tulis kat blog I ni semuanya betul. I berani kerana benar. Ceritalah apa-apa pasal I kat sesiapa pun,sebab I tak pernah cerita pasal you. I tak bukak aib orang. even kat my entry ni pun I tak sebut nama you,at all. :)  All this while,you yang bercerita pada kawan2 I pasal diri you. Tak pernah satu pun keluar dari mulut I. So, go ahead girl :)

20120519

Patut dengar nasihat Ayah dan Akak :(

hello peeps :) lama tak update blog kan. Dear my angel yang selalu baca my blog,hi,aku update blog nih. and seriously aku TAK SABAR nak jumpa kau. harap-harap diberi kesempatan untuk kita berjumpa Khamis depan. Amin. well,memang malas sangat nak update blog,like seriously,tapi taleh nak tdur,malam ni ade bola,Chelsea and Bayern,and sorakan demi sorakan buat aku taleh nak tidur. -.-
hm,well banyak benda yang boleh diulis,tapi sometimes some story are better lef untold. kan? Tapi ada satu cerita ni aku kena story gak, Tetapi nama sesiapa tidak akan disebut dalam entry ni.
But really,I need to defend myself on few things,agak macam tersebar banyak cerita yang langsung tak betul pasal aku. Aku takkan confront that girl,because I won't put myself,lower my standard to her level. Bukan aku takut,bukan aku menyorok,tapi aku malas nak memanjangkan cerita di samping bercakap dengan orang macam tu tak akan habis dramanya.
First of all,aku dah tak masuk campur hal ex aku lagi. Aku tak pernah mengadu apa-apa pada ibu kepada ex aku. Kami hanya bertukar-tukar cerita mengenai hal aku sahaja. Mengenai Ayah aku yang sedang sakit,dan mengenai pelajaran aku. Agak kelakar bila keluar cerita yang aku mengadu bukan2 pada ibu kepada ex aku. KELAKAR. and aku sangat pelik macam mana boleh tersebar cerita mengarut ni.
Secondly,dengan nama Allah,aku tak pernah menjejakkan kaki aku ke dalam kelab,atau lebih mudah untuk aku katakan yang AKU TIDAK PERNAH CLUBBING. Apatah lagi untuk meneguk minuman keras. Benda ni aku jaga. Aku masih menjaga nama baik Mak dan Ayah, Yang utama,aku masih menjaga batas agama tentang hal itu. Sekali lagi,aku sangat pelik cerita aku keluar masuk kelab boleh direka oleh hamba Allah yang tidak dikenali.
Dan ikut suka lah orang nak panggil aku fake. Kerana,kawan yang benar-benar mengenali aku tidak akan pernah terfikir untuk menggelar aku fake. Lebih-lebih lagi setelah banyak budi ditabur,dan sudah banyak masa dihabiskan bersama dan mungkin kerana dia sudah selalu dikelilingi orang yang tak berapa nak elok perangainya,so bila dia jumpa manusia normal yang tidak dibelenggu masalah sosial seperti dadah dan sebagainya,maka orang yang normal itu digelar sebagai Fake. :)
Benarlah,ikutlah nasihat orang yang lebih tua. Orang yang sudah banyak makan garam. Lebh-lebih lagi orang itu adalah darah daging kita sendiri. Mereka mempunyai instinct tentang perkara buruk yang boleh terjadi pada kita. Ayah,Akak,adik mintak maaf sebab tak mendengar nasihat kalian dulu. Orang macam ni sememangnya tidak boleh digelar kawan,adik menyesal pernah rapat dengan dia. :(
Photobucket