20130521

3 months to go!




Dia tak sempurna. Dia ada kekurangan, tapi dia juga banyak kelebihan. Segala tentangnya melengkapi aku, dan segala tentangku melengkapi dia. Bukankah itu yang semua orang perlukan? Seseorang yang menyempurnakan hidup, yang memberikan sokongan dari segenap segi, yang bisa membuat kita tenang walau hanya dengan pandangan.

Sejak awal lagi niat dia dah jelas, ingin memperisterikan aku. Menjadikan aku permaisuri hidupnya, untuk menemaninya sepanjang hayat. Lamarannya memenuhi kemahuanku. Kulakukan istikharah memohon petunjukNya, memohon redhaNya, dengan hati yang tenang aku menerima lamarannya. Setiap janji dia kotakan, setiap kata dia buktikan. Rombongan datang kerumah, dan aku bergelar tunangan orang. Dialah yang terbaik untukku.

Aku bukan seorang yang bercita-cita tinggi. Tidak seperti dia, tapi cinta di hatiku begitu banyak dan aku sudah bersedia untuk mencurahkannya kepada seseorang yang bergelar suami, aku mampu mengabdikan seluruh hidupku untuk dia, yang akan menjadi imamku, membimbingku ke syurgaNya.

Umur muda tidak aku jadikan alasan untuk aku menikmati hidup sebelum bergelar isteri, kerana Allah menemukan aku dengan lelaki yang memenuhi segala ciri-ciri yang aku dambakan, kenapa perlu aku bodoh mempertaruhkan cinta yang sepatutnya indah dalam ikatan yang halal?

Tiga bulan saja lagi ikatan ini akan dihalalkan. Aku hanya inginkan walimatul urus yang sederhana, keberkatan Allah itu yang utama, memohon jemputan mendoakan kebahagiaan masjid yang bakal dibina. 


Photobucket

20130207

Ikhtiar

Assalamualaikum..
wah lamanya tak hupdate belog ni ye..bersawang-rawang dah. ehh Rawang?? hehe
Well i would like to update something related to Rawang,which is Rawang is gonna be my future "rumah" :) Mudah-mudahan..
Nikah Kahwin well different terms for the same meaning which is Marriage. At first bila dengar je perkataan Marriage ni soalan pertama terdetik dlm fikiran aku is "ready ke aku?" if ikutkan umur aku yang menginjak ke 22 tahun ni,orang akan gelarkan aku kawen muda. Muda ke? Agaklah untuk zaman sekarang ni kan. because people nowadays kan kawen lambat-lambat. especially lelaki. Nikmati zaman bujang puas-puas dulu,kumpul duit dulu lah,persiapkan diri dengan ilmu agama cukup serba serbi dulu lahh and all that. Yes,tu aku merujuk pada lelaki. As for woman pulak,biasanya kawen lambat ni sebab kerjaya. habiskan study dulu yang mungkin mengambil masa 4-6tahun or maybe kalau tunggu sampai tahap PHD 9tahun. ikut bidang masing-masing. And biasanya berdasarkan observation aku,by my surrounding in family and kawan-kawan yang majoritinya anak sulung,biasanya anak sulung lah yang akan cakap umur 22tahun itu terlalu muda untuk masuk ke dalam alam rumahtangga. Yelah with the tanggungjawab towards their families that they have to bear,and yes goal mereka untuk capai impian mereka sebelum memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Besides that orang perempuan kawen lambat ni sbb Allah s.w.t tetapkan jodoh mereka lambat sikit kan. But ada jugak kawan aku habes SPM kawen dah,20 kawen dah,Alhamdulillah aku tgk now mereka happy je. dah beranak pinak lagi.
So berbalik kepada diri aku yang muda sgt ni,kenapa aku kata aku tak ready? physically ye lah dengan aku tak habis belajar lagi and kerja pun tak,ofcoz financially aku memang tak ready. By mentally aku mungkin tak berapa matang lagi,consideration aku pun macam lalang yang ikut angin and emotionally unstable. So that is why aku kata aku tak ready. Meh meh cerita part yang dah ready pulak ye. As anak bongsu,yang siblings semua dewasa dah and semua dah kawen,boleh dikatakan pemikiran aku pun dah ke arah perkahwinan. It's not that aku takde goal dlm hidup utk capai impian aku like berjaya bekerjaya dulu before jadi isteri orang,but why not aku capai impian aku waktu jadi isteri orang. Plus it would be more sweeter if aku capai impian aku dengan suami aku nanti. kan temok kan? hehe :p and and impian utama aku ofcoz lah nak jadi isteri solehah. untuk jadi ketua bidadari untuk suami aku nanti kat Syurga. InsyaAllah.
But thing is,this is what I want,marriage. i'm done with those bf gf lovey dovey thingy all I want is satu ikatan sah yang menghalalkan yang haram. why rush? because this is what i want. kenapa perlu aku tunggu beberapa tahun lagi? sedangkan aku tahu diri ini hati ini sendiri tak dapat terkawal dgn keinginan untuk bercinta, so why not aku bercinta dengan seseorang yang aku gelarkan sebagai suami. Bak kata si dia,kalau nak tunggu ready dari segala segi, memang sampai bila pun lah tak ready. Yang penting, ada keinginan untuk belajar. Ada keinginan untuk berubah. Dengan izinNya, insyaAllah. And there he is,Allah yang Maha Mengetahui akan sesuatu yang tersembunyi di dalam hati aku keinginan aku menemukan aku dengan Ariff Hakimi Shahri. As he ask me to marry him,without a second thought I know this is the answer for all my prayers. Allah is the best planner.

  Ketika Allah menginginkan dua hati bertemu, DIA akan menggerakkan keduanya..tidak hanya salah satu, dan apabila dua hati mengingati yang SATU, maka mudahlah bagi keduanya untuk bersatu.

Alhamdulillah, keserasian kami berdua sejak dari awal lagi dah terasa. Dia memenuhi ciri-ciri yang aku mahukan, which are full of sense of humor, emotionally stable and realistic, i love the way he treat me, and he accept me for who I am after I showed to him almost all my flawness, he knew the anak-bongsu-behaviour yang aku still carry and yet still sanggup melayan karenah aku, and of course agama dia. Plus,the keluarga is very okay,his family is just like mine, the siblings and parents, and Alhamdulillah segala tentang dirinya dapat hati aku adapt meskipun perkara itu sangat berbeza dengan diri aku. Alhamdulillah we did worked out our differences. like he said, " orang lain gaduh-gaduh ke arah clash but kita gaduh-gaduh makin cepat nak kawen, "  hehe :)
Cinta ini mesti dihalalkan. And ini ikhtiar yang kami usahakan. Jika Allah menginginkannya terjadi,maka jadilah. Jika tidak,siapalah kita,hanya hambanya yang sangat-sangat kerdil untuk mempersoalkan ketetapanNya, maka aku akan redha dengan segala ketentuanNya. Dear friends, please doakan untuk kami berdua. Jazakallah Khairan :)

Photobucket

20121110

iloveyou Mak

This one for you, Mak..
Mak has always been one of my biggest supporters and the wisdom she given me over the years has helped shaped the person I am today. A mother's love for her child is like nothing else in the world. It knows no law,no pity,it dares all things and crushes down remorselessly all that stands in its path. As mothers and daughters,we are connected with one another. Mak is the bones of my spine,keeping me straight and true. She is my blood,making sure it runs rich and strong. She is a never-ending song in my heart of comfort,happiness and being. I may sometimes forget the words but I always remember the tune. She is the beating of my heart. I cannot now imagine a life without her. :( Mak,adik love you very much. Thanks for everysinglething Mak.You always there when the rest of the world walks out. Adik sayang Mak.


Photobucket

20120716

Buktikan Padaku :)

Assalamualaikum fellas!http://www.emocutez.com
Alhamdulillah. beberapa hari je lagi bulan Ramadhan akan tiba. Bulan Rahmat,bulan pengampunan dan bulan pembebasan daripada api neraka datang lagi. Scroll dekat newsfeed tadi,ternampak gambar ni,rakan facebook saya Muhammad Rusydi post :)

First of all,hati aku tergerak untuk buka laman web IluvIslam.com,agak lama juga aku tak berkunjung ke laman web ni,menyelak helaian demi helaian artikel yang terkandung di dalam laman web ni. Buka kategori Remaja & Cinta aku tertarik untuk baca artikel bertajuk Siapa Kata Tak Boleh Bercinta? Aku teringat diri aku pada suatu ketika dahulu,ketika diri ini masih lena menghirup udara remaja dan menjadikan "Cinta" sebagai peganganku. Love over Religion. Yes,tu aku suatu ketika dahulu. Alhamdulillah,Allah menemukan aku dengan seseorang yang aku gelarkan sebagai "First Love" konon-kononya,dia tinggalkan aku banyak konflik antara kami,banyak cerita mengenai aku tersebar,sehingga akhirnya aku jatuh tersungkur meminta ketenangan daripadaNya, Pernah dulu aku berfikir,aku menangis kerana aku lemah,tapi tak sebenarnya,tangisan bulan Februari hari itu ada hikmahnya. Baru ku sedar nikmat airmata dan kesedihan  yang aku alami sebenarnya mendekatkan diriku kepada yang lebih layak iaitu ALLAH s.w.thttp://www.emocutez.com
Kini aku merasai cinta dan kasih sayang Allah,lebih manis daripada segala-galanya. "Kehilangan" itu rupanya aku lalui supaya aku merasai satu "pertemuan" yang hakiki iaitu dengan Allah. Allah mahu mengujiku dengan menjauhkan aku dengan orang yang aku sayangi,kerana Allah mahu aku dekat denganNya. Hikmahnya juga terpampang jelas dimataku apabila aku boleh nampak kenapa Allah menjauhkan aku dengan lelaki itu.

Satu :  Kerana dia bukan yang terbaik untukku,dan aku juga bukan yang terbaik untuknya.
Dua : Aku dapat lihat perangai sebenar lelaki itu dan betapa selama kami "bercinta" semuanya hanya palsu.
Tiga : untuk menyedarkan aku bahawa hubungan percintaan yang tidak halal sebelum nikah tidak diberkatiNya.
Empat : Mata aku terbuka luas melihat ramai lagi pilihan yang lebih baik yang boleh membimbingku menuju jalanNya.
Lima : Supaya aku boleh memperbaiki dan mempersiapkan diriku untuk menjadi hambaNya,anak,isteri,ibu, seorang PEREMPUAN solehah. InsyaAllah Ameen Ya Rabb..

Apa yang aku rasakan ini bukan rasa serik bercinta,benci semua lelaki rasa semua lelaki sama je, sebab aku tahu apa yang aku rasakan ini ialah satu kesedaran.http://www.emocutez.com
Bila aku tengok newsfeed,kulihat gambar sepasang kekasih berpelukkan manja,ayat-ayat manis cinta yang dipaparkan oleh mereka di status wall post tidak menimbulkan sedikit pun rasa cemburu di hati ini,kerana aku tahu kasih-sayang yang mereka sulamkan itu hanya akan menjurus kepada zina. Zina hati,zina mata,dan sebagainya. Apa yang terdetik di dalam hatiku ialah "semoga aku dia dan orang yang aku sayangi dijauhkan dengan perkara seperti ini" Yes,dulu aku pernah di tempat mereka,gah menunjukkan yang aku "in relationship" all that,itu dulu. Allah dah berikan aku kesedaran,tak mungkin aku buat-buat tak nampak dan berpaling dari kesedaran ini,sebab aku takut tiada lagi kesederan yang Allah akan berikan kepada aku selepas ini. Terima Kasih ya Allah..

Jelas,aku tak perlukan cinta daripada lelaki yang tak halal untukku,jika masih ingin kau yakinkan padaku yang cinta kau ikhlas,buktikan dengan satu ikatan yang halal denganku. Itu yang aku pinta.


Jauh lagi perjalanan aku untuk menjadi wanita solehah,tapi aku berharap diberikan kesempatan dan  bimbingan olehNya.


Photobucket

20120715

Year Two DONE!

Assalamualaikum peeps! http://www.emocutez.com
Semester 4 Tahun 2 berakhir sudah. Alhamdulillah. http://www.emocutez.com Now,i'm home,its so damn freaking good to be at home! http://www.emocutez.com hee..dah lah mcm banyak pulak emoticon ni. menyampah pulak. LOL.http://www.emocutez.com okay dah stop.
Musim final exam sem ni berlalu tanpa adengan nangis2,drama keling naik turun tangga,lari dari rumah pergi iCity etc etc. eh jap,haritu ada sekejap,tapi tadelah ganggu emosi aku banyak mana pun. Like it was something yang aku boleh handle lah and tak ganggu emosi aku. huu.. eh wait,lagi satu benda aku perasan,sejak bila kau suka sgt ber-huuuu ni. oh yes semenjak kenal Mr Cairo kot. HAHAHAHAHA. okay kelakar. kena letak emoticon sikithttp://www.emocutez.com

Last Friday ada kenduri arwah Ayah. Tetamu dijamukan dengan nasi beriani yang sodap. sodap sgt sampai berapa pinggan aku makan. ahh tak kisah sebab one of my missions was makan puas2 balik seminggu ni. kat Shah Alam nanti boleh je diet. Ye tak? Lagipun relaxlah,gemuk tu seksi pe. Seluar jeans aku sekarang semua turun saiz kaw2 [well except for jeans Romp,dammit] baju pun besor-besor dah semua,cam tak best bila dah tade lemak untuk dirisaukan. lalalala~http://www.emocutez.com

Nak tahu lagi ape mission aku cuti seminggu ni? Lantak lah korang nak tahu ke tak,aku nak story gak. hahaha.. Setiap malam aku nak tidur berpelukkan Mak. sebab nanti rindu sangat kat Mak. Argh tak tahan meleleh air mata eden ni ha. Nampak Mak macam happy je dari luar,tapi aku boleh nampak dari mata Mak,kesedihan tu menggunung. Now kami adik beradik buat macam-macam nak gembirakan Mak. Aku tahu,besar mana pun kami rasa kehilangan seorang Ayah,tak akan terbanding rasa kehilangan seorang suami yang hampir 40tahun berkongsi segala-galanya. Huu sebak betul bila fikir benda ni. Aku sentiasa doakan Mak kuat untuk meneruskan hidup di samping nak-anak dan cucu-cucu yang sentiasa ada untuknya,semoga Allah memberikan kekuatan dan kegembiraan di dalam hati Mak. Demi Allah, Adik terlampau sayangkan Mak,tak terkata betapa tingginya rasa cinta adik pada Mak. Setitis air matamu menghiris hati ini bak belati.

Okay next,misi aku ialah menghabiskan series Gossip Girls,5seasons in a week,c'mon Kelly You Can Do It!!http://www.emocutez.com Okay dah byebye nak tengok Gossip Girls. xoxo


Photobucket