Dia
tak sempurna. Dia ada kekurangan, tapi dia juga banyak kelebihan. Segala
tentangnya melengkapi aku, dan segala tentangku melengkapi dia. Bukankah itu
yang semua orang perlukan? Seseorang yang menyempurnakan hidup, yang memberikan
sokongan dari segenap segi, yang bisa membuat kita tenang walau hanya dengan
pandangan.
Sejak
awal lagi niat dia dah jelas, ingin memperisterikan aku. Menjadikan aku
permaisuri hidupnya, untuk menemaninya sepanjang hayat. Lamarannya memenuhi
kemahuanku. Kulakukan istikharah memohon petunjukNya, memohon redhaNya, dengan
hati yang tenang aku menerima lamarannya. Setiap janji dia kotakan, setiap kata
dia buktikan. Rombongan datang kerumah, dan aku bergelar tunangan orang. Dialah
yang terbaik untukku.
Aku
bukan seorang yang bercita-cita tinggi. Tidak seperti dia, tapi cinta di hatiku
begitu banyak dan aku sudah bersedia untuk mencurahkannya kepada seseorang yang
bergelar suami, aku mampu mengabdikan seluruh hidupku untuk dia, yang akan
menjadi imamku, membimbingku ke syurgaNya.
Umur
muda tidak aku jadikan alasan untuk aku menikmati hidup sebelum bergelar
isteri, kerana Allah menemukan aku dengan lelaki yang memenuhi segala ciri-ciri
yang aku dambakan, kenapa perlu aku bodoh mempertaruhkan cinta yang sepatutnya
indah dalam ikatan yang halal?
Tiga
bulan saja lagi ikatan ini akan dihalalkan. Aku hanya inginkan walimatul urus
yang sederhana, keberkatan Allah itu yang utama, memohon jemputan mendoakan
kebahagiaan masjid yang bakal dibina.