20120716

Buktikan Padaku :)

Assalamualaikum fellas!http://www.emocutez.com
Alhamdulillah. beberapa hari je lagi bulan Ramadhan akan tiba. Bulan Rahmat,bulan pengampunan dan bulan pembebasan daripada api neraka datang lagi. Scroll dekat newsfeed tadi,ternampak gambar ni,rakan facebook saya Muhammad Rusydi post :)

First of all,hati aku tergerak untuk buka laman web IluvIslam.com,agak lama juga aku tak berkunjung ke laman web ni,menyelak helaian demi helaian artikel yang terkandung di dalam laman web ni. Buka kategori Remaja & Cinta aku tertarik untuk baca artikel bertajuk Siapa Kata Tak Boleh Bercinta? Aku teringat diri aku pada suatu ketika dahulu,ketika diri ini masih lena menghirup udara remaja dan menjadikan "Cinta" sebagai peganganku. Love over Religion. Yes,tu aku suatu ketika dahulu. Alhamdulillah,Allah menemukan aku dengan seseorang yang aku gelarkan sebagai "First Love" konon-kononya,dia tinggalkan aku banyak konflik antara kami,banyak cerita mengenai aku tersebar,sehingga akhirnya aku jatuh tersungkur meminta ketenangan daripadaNya, Pernah dulu aku berfikir,aku menangis kerana aku lemah,tapi tak sebenarnya,tangisan bulan Februari hari itu ada hikmahnya. Baru ku sedar nikmat airmata dan kesedihan  yang aku alami sebenarnya mendekatkan diriku kepada yang lebih layak iaitu ALLAH s.w.thttp://www.emocutez.com
Kini aku merasai cinta dan kasih sayang Allah,lebih manis daripada segala-galanya. "Kehilangan" itu rupanya aku lalui supaya aku merasai satu "pertemuan" yang hakiki iaitu dengan Allah. Allah mahu mengujiku dengan menjauhkan aku dengan orang yang aku sayangi,kerana Allah mahu aku dekat denganNya. Hikmahnya juga terpampang jelas dimataku apabila aku boleh nampak kenapa Allah menjauhkan aku dengan lelaki itu.

Satu :  Kerana dia bukan yang terbaik untukku,dan aku juga bukan yang terbaik untuknya.
Dua : Aku dapat lihat perangai sebenar lelaki itu dan betapa selama kami "bercinta" semuanya hanya palsu.
Tiga : untuk menyedarkan aku bahawa hubungan percintaan yang tidak halal sebelum nikah tidak diberkatiNya.
Empat : Mata aku terbuka luas melihat ramai lagi pilihan yang lebih baik yang boleh membimbingku menuju jalanNya.
Lima : Supaya aku boleh memperbaiki dan mempersiapkan diriku untuk menjadi hambaNya,anak,isteri,ibu, seorang PEREMPUAN solehah. InsyaAllah Ameen Ya Rabb..

Apa yang aku rasakan ini bukan rasa serik bercinta,benci semua lelaki rasa semua lelaki sama je, sebab aku tahu apa yang aku rasakan ini ialah satu kesedaran.http://www.emocutez.com
Bila aku tengok newsfeed,kulihat gambar sepasang kekasih berpelukkan manja,ayat-ayat manis cinta yang dipaparkan oleh mereka di status wall post tidak menimbulkan sedikit pun rasa cemburu di hati ini,kerana aku tahu kasih-sayang yang mereka sulamkan itu hanya akan menjurus kepada zina. Zina hati,zina mata,dan sebagainya. Apa yang terdetik di dalam hatiku ialah "semoga aku dia dan orang yang aku sayangi dijauhkan dengan perkara seperti ini" Yes,dulu aku pernah di tempat mereka,gah menunjukkan yang aku "in relationship" all that,itu dulu. Allah dah berikan aku kesedaran,tak mungkin aku buat-buat tak nampak dan berpaling dari kesedaran ini,sebab aku takut tiada lagi kesederan yang Allah akan berikan kepada aku selepas ini. Terima Kasih ya Allah..

Jelas,aku tak perlukan cinta daripada lelaki yang tak halal untukku,jika masih ingin kau yakinkan padaku yang cinta kau ikhlas,buktikan dengan satu ikatan yang halal denganku. Itu yang aku pinta.


Jauh lagi perjalanan aku untuk menjadi wanita solehah,tapi aku berharap diberikan kesempatan dan  bimbingan olehNya.


Photobucket

20120715

Year Two DONE!

Assalamualaikum peeps! http://www.emocutez.com
Semester 4 Tahun 2 berakhir sudah. Alhamdulillah. http://www.emocutez.com Now,i'm home,its so damn freaking good to be at home! http://www.emocutez.com hee..dah lah mcm banyak pulak emoticon ni. menyampah pulak. LOL.http://www.emocutez.com okay dah stop.
Musim final exam sem ni berlalu tanpa adengan nangis2,drama keling naik turun tangga,lari dari rumah pergi iCity etc etc. eh jap,haritu ada sekejap,tapi tadelah ganggu emosi aku banyak mana pun. Like it was something yang aku boleh handle lah and tak ganggu emosi aku. huu.. eh wait,lagi satu benda aku perasan,sejak bila kau suka sgt ber-huuuu ni. oh yes semenjak kenal Mr Cairo kot. HAHAHAHAHA. okay kelakar. kena letak emoticon sikithttp://www.emocutez.com

Last Friday ada kenduri arwah Ayah. Tetamu dijamukan dengan nasi beriani yang sodap. sodap sgt sampai berapa pinggan aku makan. ahh tak kisah sebab one of my missions was makan puas2 balik seminggu ni. kat Shah Alam nanti boleh je diet. Ye tak? Lagipun relaxlah,gemuk tu seksi pe. Seluar jeans aku sekarang semua turun saiz kaw2 [well except for jeans Romp,dammit] baju pun besor-besor dah semua,cam tak best bila dah tade lemak untuk dirisaukan. lalalala~http://www.emocutez.com

Nak tahu lagi ape mission aku cuti seminggu ni? Lantak lah korang nak tahu ke tak,aku nak story gak. hahaha.. Setiap malam aku nak tidur berpelukkan Mak. sebab nanti rindu sangat kat Mak. Argh tak tahan meleleh air mata eden ni ha. Nampak Mak macam happy je dari luar,tapi aku boleh nampak dari mata Mak,kesedihan tu menggunung. Now kami adik beradik buat macam-macam nak gembirakan Mak. Aku tahu,besar mana pun kami rasa kehilangan seorang Ayah,tak akan terbanding rasa kehilangan seorang suami yang hampir 40tahun berkongsi segala-galanya. Huu sebak betul bila fikir benda ni. Aku sentiasa doakan Mak kuat untuk meneruskan hidup di samping nak-anak dan cucu-cucu yang sentiasa ada untuknya,semoga Allah memberikan kekuatan dan kegembiraan di dalam hati Mak. Demi Allah, Adik terlampau sayangkan Mak,tak terkata betapa tingginya rasa cinta adik pada Mak. Setitis air matamu menghiris hati ini bak belati.

Okay next,misi aku ialah menghabiskan series Gossip Girls,5seasons in a week,c'mon Kelly You Can Do It!!http://www.emocutez.com Okay dah byebye nak tengok Gossip Girls. xoxo


Photobucket

20120706

Faith :)


Sekarang tengah final exam,4th semester of mine. Aku jauh kebelakang,jauh sangat. Gatal nak bercinta main-main sepanjang semester 3,last-last putus cinta haru biru during my last semester final exam,makin aku terduduk jatuh. No one to be blame but myself. Tetapi,segala syukur kepada Allah kerana mengurniakan aku kekuatan untuk aku bangkit kembali,keluarga yang tak akan biarkan aku terkontang kanting keseorangan dan sahabat yang sentiasa ada untuk aku. Alhamdulillah aku masih ada keluarga tercinta dan kawan-kawan yang membantu aku naik kembali. Yang tak betah melihat aku terus jatuh,menarik tangan aku,menstabilkan aku kembali. Yang setia waktu aku susah dan senang. Tak terbalas jasa mereka ni, arwah Ayah, Mak, Kaklong, Abg Syidi, Angah, Kaksal, Abang, Kakjane, Akak, Abg Hadi, Kakcik, Lan, Ellina, Sahabat-sahabatku, Ghaniy,Fatin,Meya,Tasha,Fiqah.. Hanya Allah yang tahu betapa dalamnya sayang ini terhadap kalian..
This programme,cs228 Bachelor of Science Management Mathematics,kalau disebut few years ago,akan terus terkeluar ayat ni daripada mulut aku, “memang tak lah aku amek course ni,maths kot =_=” siap buat muka sekali. LOL
But here I am,budak yang pernah dapat 10% for her add maths ujian 1 time form 4 dulu, Budak yang terpaksa amek private tutor for her add maths during form 5 dulu,budak yang paling benci Trigonometric and got B3 for her add maths waktu SPM2008. And waktu matrikulasi,siap confident gila cakap dekat bestfriend dia yang dia tak akan sentuh maths dah bila masuk Universiti nanti But here I am,menjadi salah seorang daripada warga Fakulti Sains Komputer dan Matematik. Kerana mulut badan binasa,benda yang aku paling benci lah yang aku hadap setiap hari
Tapi ada hikmahnya yang terselit sana sini,banyak hikmahnya. Allah tak memberikan apa yang aku hendak,tapi apa yang aku perlu. Mungkin apa yang aku suka,yang aku nak tu tak baik untuk aku. Semua yang Allah dah tentukan untuk aku tu lah yang terbaik untuk aku.
Here I am. Believing that sadness would go away,believing that darkness would prevail,believing that bad time would end,believing that I can succeed again,its called faith! Have faith in myself,my abilities. Have faith in my soul,and I’ll rise like never before. InsyaALLAH :)

Photobucket